Apa yang menarik di Sarawak?
Sarawak adalah negeri yang terbesar sekali di dalam Malaysia dan saiznya menyamai keluasan Tanah di Semenanjung Malaysia..
Sarawak merdeka pada 16 September 1963 dan kemudian bergabung dengan Sabah, Singapura dan Malaya(semenanjung) untuk membentuk negera Persekutuan Malaysia. Burung kenyalang dipilih sebagai lambang negeri ini kerana burung jenis inipaling banyak sekali wujud di Sarawak berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Burung kenyalang adalah dari spesis burung enggang.
Sarawak terdiri daripada 11 bahagian iaitu Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Bintulu, Kota Samarahan, Mukah dan Betong. Sarawak mempunya tiga buah bandaraya iaitu Bandaraya Kuching Utara, Bandaraya Kuching Selatan dan Bandaraya Miri. Sarawak masih indah dan kehijauan kerana kawasannya luas dan tidak diterokai lagi oleh manusia. Semoga kehijauan dan keindahan Sarawak berkekalan. Kampung Budaya adalah tempat yang harus dikunjungi sekiranya menjejakkan kaki di Sarawak. Anda akan berpuas hati dengan segala yang terdapat di sana.
Asalnya nama Sarawak tidak jelas. 'Kuching' adalah ejaan lama bagi perkataan 'kucing', tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi "Cochin'", perkataan India yang bermaksud pelabuhan. Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Artifak-artifak yang berasal daripada kepercayaan Hinduisme kini dapat dilihat di Muzium Negeri. Bandaraya ini tidak pernah mempunyai sebilangan besar kucing apabila dibandingkan dengan bandar-bandar yang lain. Sebenarnya, arca-arca kucing, Muzium Kucing Kuching, serta perkaitan-perkaitan lain dengan kucing merupakan sebahagian usaha moden untuk mempromosikan pelancongan, banyak risalah pelancongan merujuk kepada Kuching sebagai "Bandaraya Kuching". Selain itu, nama "Kuching" tidak mempunyai maksud sebenar bagi penduduk-penduduknya dan tidak dianggap oleh orang-orang tempatan sebagai suatu nama yang romantik.

Breakfast dahulu sebelum jalan-jalan sekitar Kuching
Tempat kesukaan aku dan adik-adik aku.....kawasan hutan dan haiwan
Melintasi sungai dengan menaiki Feri...pengalaman yang tidak akan dapat kukutip di Semenanjung Malaysia
Kampung Budaya, banyak benda yang menarik berada di sini. Banyak ilmu dan pengetahuan yang boleh dipelajaran di sini. Terdapat juga hiburan yang melambangkan suku-suku kaum di Sarawak.
Gunung Santubong, dilihan cantik dari jauh dan masih tidak dicemari dengan pembangunan. Juga sungai yang merentasi tanah Saarawak bersih, tenang dan damai....
namun kena hati-hati mungkin ada Si Bujang Senang sedang memerhati.
Naik feri untuk makan malam di Waterfront Kuching....enjoy naik perahu..
Semantan...hujung Sarawak, angin bertiup sepoi-sepoi...perkampungan yang menarik dan masih indah..
Kek Sarawak....
Kalau tak datang di sini, rugilah....walaupun kat KL banyak kek Sarawak namun inilah kedai Kek Sarawak yang popular sejak dulu lagi.. Kek Lapis Dayang Salhah.
Hutan di Matang, 30 km dari bandaraya Kuching...tempat pemuliharaan orang utan dan haiwan-haiwan liar yang lain. Damai sungguh berjalan-jalan di sini.
OTW to Sarawak....
No comments:
Post a Comment