HELLO SEMUA....
Salam perkenalan buat semua.....

Terima kasih kerana sudi singgah di Teratak Kehidupan ini...
SEMOGA SEMUA GEMBIRA SELALU ..


Monday, March 17, 2014

BURGER GERGASI

         BURGER GERGASI atau burger besar bukanlah satu perkara yang baru.  Macam-macam burger telah wujud sejak akhir-akhir ini.  Antaranya burger bakar dan juga burger gergasi (burger besar).  Burger gergasi yang saya nak ceritakan ni adalah burger yang bersaiz satu pinggan yang besar.  Kalau tengok burger memang takut sebab amatlah besar.  Harganya RM30.00.  Beli satu cukup untuk satu keluarga.
         Burger gergasi ni biasa-biasa sahaja, isinya daging burger yang dipotong-potong, ada potongan sosaj, sayur, sos dan mayonis.  Rasanya pun biasa-biasa sahaja.  
          Lokasi restoran burger gergasi ni terletak di Pulau Pinang.  Restoran Zul`s Burger nama tempatnya. Mailah cuba.

Alamat Zul`s Burger.
Zul`s Burger Penang,
30Y, Kompleks MPPP, 
Lebuh Nipah, Sg Nibong Penang.


Burger gergasi di dalam bekas kek

Setelah dibuka bekas burger, penuh satu meja.

Disediakan paper plate bersama burger gergasi , burger telah dipotong-potong untuk memudahkan dibahagi-bahagikan.  Kalau seorang makan memang tak habis.


Sedang menikmati burger gergasi...Jangan KACAU..

Akhirnya......ini yang tinggal setelah enam orang makan....tapi cukup mengeyangkan. 
 Marilah cuba.

No comments: