HELLO SEMUA....
Salam perkenalan buat semua.....

Terima kasih kerana sudi singgah di Teratak Kehidupan ini...
SEMOGA SEMUA GEMBIRA SELALU ..


Friday, March 14, 2014

PULAU AMAN

Dimanakah Pulau Aman ?
         Namanya mungkin tidak terkenal seperti Pulau Pinang, Pulau Pangkor, atau pun Pulau Tioman.  Tetapi Pulau Aman adalah sebuah pulau kecil yang berada di Pulau Pinang.  Seindah namanya, begitulah juga tempatnya. Pulau Aman berkeluasan 115.2 hektar terletak berhampiran dengan tanah besar di Batu Kawan, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Bagaimana ke Pulau Aman ?
         Sekiranya hendak ke Pulau Aman, kita perlu keluar dari tol Batu Kawan, kemudian ikut arah papan tanda ke Pulau Aman, pasti jumpa.  Penghubung Pulau Aman dengan tanah besar ialah bot-bot kecil yang beroperasi mengikut masa-masa tertentu tetapi sekiranya waktu puncak (Sabtu dan Ahad) apabila penuh bot, akan terus bergerak. Pulau Aman masih belum tercemar, penduduk di Pulau Aman hanya menggunakan basikal dan motosikal. NO kereta memandangkan pulau ini pulau yang kecil.  
          Walau pun kecil, banyak tarikan terdapat di pulau ini.  Pulau ini dipenuhi dengan pokok Sukun dan terdapat pokok sukun tertua di sini yang ditanam oleh seorang guru agama, Tok Awang Akib pada tahun 1890 yang berusia 120 tahun dan disahkan oleh Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) .  Di samping itu, terdapat sebuah telaga yang diberi nama  Telaga Emas (kalau nak tahu ada emas atau pun tidak, kena berkunjung ke Pulau Aman) selain itu, terdapat Makam Purba, Gudang Peluru, Gua Lanun, Batu Payung dan Batu Perompak yang pastinya menarik untuk dikunjungi dan untuk mengetahui sejarahnya dengan lanjut lagi.  Pulau ini juga dipenuhi dengan sumber dari laut dan menjadi tarikan kepada kaki pancing untuk ke sini.  Kedamaian dan ketenangan disertakan sumber alam semula jadi yang masih tidak terusik menjadi satu daya tarikan ke sini.  
           


Pintu masuk ke Pulau Aman, iaitu melalui Jeti Batu Musang

Menunggu sebelum ke jeti, angin cukup menyegarkan 

Menunggu sebelum menaiki bot ke Pulau AMAN

 
Pengalaman menaiki bot ke Pulau Aman, lain dari bot-bot yang lain.  Dibawa laju, membelah angin dipukul ombak-ombak kecil yang nakal.....

Nasi Goreng Udang PULAU AMAN.  Jemput makan

Mee Udang PULAU AMAN.  Silakanlah tengok.....

Posing di tepi laut

Di belakang adalah jambatan ke-2 Pulau Pinang.

Main batu kecil dan kulit-kulit cengkerang di atas beting pasir...

No comments: