CUTI-CUTI Malaysia
Pada kali ini, aku sekeluarga ke Pulau Pangkor untuk menikmati percutian singkat di hujung minggu. Punyalah ramai orang nak ke Pulau Pangkor, maklumlah cuti sekolah hujung tahun di tambah pula cuti hujung minggu. Nak naik feri pun kena berbaris panjang dan menunggu. Nasib baik pengurusan feri telah menambah perkhidmatan feri di waktu puncak, oleh itu, penantian feri tidaklah memakan masa yang lama.
Ayah telah memilih Teluk Nipah sebagai tempat bermalam, kami walk-in saja, tanpa membuat tempahan, pada awalnya tidak ada chalet yang kosong, tetapi ayah tetap sabar menanti dan akhirnya dapatlah chalet di Purnama Beach Resort. Kenapa ayah memilih Teluk Nipah, sebab di sini, pada waktu malam ada Pasar Malam... ala-ala Batu Feringghi, percutian singkat tetapi amat bermakna sebab puas mandi air....(macam kat rumah tak ada air).
Ramai pelancong di sini, tak kira dari dalam dan luar negara. Banyak aktiviti ditawarkan namun, disebabkan aku dan adik-adik masih kecil,(kecil sangat ker) ayah putuskan kami mandi-manda saja.
Perkhidmatan bot untuk ke Pulau kecil di seberang sana.,,
Mandi di pantai Teluk Nipah
Mandi kolam pula di Purnama Beach Resort
Enjoy main air...
Ikan Ayam...IKAN ke AYAM
Santai di dalam bilik bersama adik bongsu...
Posing..posing....main air
OTW balik ke Lumut....bye-bye Pangkor, nanti kami datang lagi....bukan jauh mana pun...
No comments:
Post a Comment