HELLO SEMUA....
Salam perkenalan buat semua.....

Terima kasih kerana sudi singgah di Teratak Kehidupan ini...
SEMOGA SEMUA GEMBIRA SELALU ..


Friday, March 14, 2014

Arnab

         Arnab dijadikan haiwan peliharaan sejak abad ke - 19 di negara Barat.  Arnab yang dibela dalam rumah dengan jagaan yang rapi boleh hidup sampai 9-12 tahun.  Arnab amat digemari ramai sebagai haiwan peliharaan.
         Arnab belaan boleh disimpan di dalam atau di luar rumah.  Rumah arnah adalah sangkar di luar atau di dalam rumah.
          Kajian menunjukkan bahawa arnab peliharaan jinak sangat boleh menyesuaikan diri dengan makanan ternak yang dijual di pasaran.  Namun, jika tersilap makan ( terlebih makan sayur berdaun hijau), arnab akan mengalami cirit-birit, manakala terlalu banyak biji atau buah-buahan bergula akan mendatangkan bermacam-macam masalah kesihatan arnab. 


Putih....
itu nama anak arnab yang pertama lahir.  Sebenarnya empat ekor adik-berdiknya, tapi hanya Putih saha yang kekal hidup....maklumlah ibu muda, tak ada pengalaman jaga anak.

Putih lahir pada 29 mei 2013,   warna ikut bapa  Si Tompok, tetapi bulu ikut ibu Si Kebu.

Ini pula generasi ke-2, lima ekor yang lahir pada 21 September 2013, tetapi yang hidup hanya empat ekor saja.
Keluargaku menamakan anak-anak arnab ini Comel, Comot, Hitam dan Gebu...
Inilah gayanya....bersusun keempat2, itu tengah tidur tu, rapat-rapat, bagi panas sama-sama. 
Tapi hanya tinggal kenangan, tiga ekor arnab mati digigit anjing liar yang kelaparan.  Ketika kejadian, kami sekeluarga tiada di rumah, manakala anjing menyerang pada waktu malam...
Sebelum kejadian, kami bercadang untuk menyerahkan dua ekor arnab kepada jiran, tetapi kami menunggu anak arnab ini bercerai susu dari ibunya..namun....tinggal  KENANGAN sahaja....
Abang makan dengan adik, Si putih abang sedang makan dengan adiknya Gebu,
 di belakang tu ibu arnab si Kebu.

Kini, yang tinggal hanya Putih, Kebu dan Tompok, keluarga yang `standard`.  Ibu dan ayah telah membuat keputusan untuk menyerahkan arnab-arnab ini kepada jiran,  memandangkan anak-anak arnab yang dijanjikan telah mati.  Satu lagi sebab diserahkan, kerana kesuntukan masa untuk mencuci sangkar arnab.  Sebaik-baiknya, sangkar dicuci setiap hari agar tidak berbau, namun disebabkan kejauhan jarak rumah dan tempat kerja, sangkar hanya mampu dicuci seminggu sekali sahaja.
Namun kami masih berpeluang untuk menjenguk arnab-arnab ini sekiranya kami RINDU...

1 comment: