HELLO SEMUA....
Salam perkenalan buat semua.....

Terima kasih kerana sudi singgah di Teratak Kehidupan ini...
SEMOGA SEMUA GEMBIRA SELALU ..


Friday, March 14, 2014


MH370

Kapal terbang komesial dibawah kendalian juruterbang Kapten Zaharie Shah dengan 239 penumpang dan anak kapal telah berlepas dari KLIA dan menuju destinasinya ke Beijing, China.  Pesawat MH370 berlepas pada jam 12.41 pagi Sabtu 08 Mac 2014.  Pada jam 0130hrs, pesawat tersebut hilang dan tidak dapat dikesan dan komunikasi dengan pesawat terputus.  Sepatutnya pesawat ini mendarat di Beijing pada jam 0630hrs, namun hilang secara misteri sehingga kini.

Banyak spekulasi yang tercipta dari kehilangan pesawat MH370, namun, selagi tiada bukti menunjukkan pesawat ini terhempas, masih ada harapan untuk semua menantikan orang tersayang kembali dengan selamat.

Marilah kita bersama-sama berdoa agar semua penumpang dan anak kapal MH370 selamat.  Tiada apa yang dapat diberi, hanya doa untuk keselamatan yang dapat diberikan.

Sehingga kini pesawat tersebut masih gagal dikesan.


Gambar menunjukkan radar yang sibuk dengan laluan pesawat-pesawat penerbangan komersial.  Kalau di jalan raya, kesesakan berlaku di waktu-waktu puncak, namun bagi di udara, kesesakannya tidak mengira masa.  Setiap pesawat boleh dikenali kerana ID masing-masing. 


Masih mengharap dan masih berdoa untuk kesejahteraan penumpang dan anak kapal pesawat MH370.





No comments: