HUJAN
"Allah jualah yang menghantarkan angin lalu angin itu menggerakan awan kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakkiNya dan menjadikannya berkelompok-kelompok lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hambar-hambaNya, mereka serta merta-gembira".
Jika dibaca ayat di atas, kita akan merasa bahawa hikmah diturunkan hujan adalah selalu yang membawa keberkatan dan kegembiraan bagi umat manusia. Dengan turunnya hujan, manusia akan bersyukur atas nikmat yang Allah turunkan. Hujan selalu membawa rahmat dan kesejahteraan kepada manusia.
Orang tua selalu berkata :
* Hujan itu rahmat..
* Hujan dah turun = rahmat dah turun
HUJAN - SUDIRMAN HJ. ARSHAD
Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut
Cinta yang bersemi
Di waktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi
Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesta bumi yang disirami
Begitulah hati ini
Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi....
LOKASI : JALAN JELATEK
MASA : SUATU PETANG DICUCURI HUJAN YANG LEBAT
Aksi manusia dan hujan....
Mampukah payung itu menongkah angin dan hujan yang lebat ?
Mampukah payung itu membantu tuan agar tidak dibasahi hujan ?
Adakah selamat tindakan tuan payung tersebut ?