HELLO SEMUA....
Salam perkenalan buat semua.....

Terima kasih kerana sudi singgah di Teratak Kehidupan ini...
SEMOGA SEMUA GEMBIRA SELALU ..


Monday, March 25, 2013

New House

Pertengahan 2012, kami telah berpindah ke Kajang.  
Maklumlah ayah dah pencen, tak boleh menetap di kuaters lagi.
Sebelum pencen, ayah dah beli rumah di Kajang,  kalau ikutkan nak cari rumah di KL,
tapi faham-faham ajerlah harga rumah di KL.  
Teringin jugak nak rumah sendiri, yang tak share bumbung dan lantai dengan orang lain.
Tapi sebelum masuk rumah, adalah sikit renovation yang dibuat

 Extend bahagian dapur

 Tingkat atas pun extend jugak

Itu uncle Yun, yang kita orang ambil untuk extend rumah ni


Minimal punya dekorasi....simple jer
Bolehlah untuk berteduh dari hujan dan panas

Cuti-Cuti Gambang

Hujung Tahun 2012, aku sekeluarga ke Gambang,
Ha..ha..ha.. apa lagi, main air ler kami...
Yahoo.......

 Gambang....Gambang.....kami datang....

 Air-air....kami main air lagi

 Breakfast dulu....
 Posing pulak....

 Sukaneka...acara orang tua-tua
Kaki ibu kena ikat dengan kaki ayah

 Acara kanak-kanak

 Acara budak-budak,  rebut gula-gula

 Standby acara seterusnya...

 Acara orang dewasa....
Agak-agak dah berbalut macam ni, insaf tak....

Dinner time....lapar....lapar

Rakan-Rakan Lama dan Baru

Bye-bye sekolah rendah....
Hi-hi sekolah menengah...
Walaupun alam sekolah rendah aku tinggalkan...banyak kenangan yang aku bawa bersama.
Aku tidak akan lupakan kalian semua, walau di mana aku berada.
Miss U all

 Rakan-rakanku sepanjang 6 tahun di sekolah rendah...
Kebanyakannya sekelas dengan aku sejak di Tahun 1 lagi....
Walaupun kita berpisah disebabkan pilihan sekolah yang berlainan,
tetapi kenangan bersama masih tetap tersemat di ingatan dan hatiku..

Ramainya perempuan....aku ni jenis yang malu-malu
Malu-malu kucing...

Rindu kamu semua...

Rakan-rakan baruku....
Di sinilah kehidupan aku, seorang budak asrama, 
Walau jauh dari keluarga, namun, dekat dengan rakan-rakan
Ha..ha...ha...semua lelaki

Ini dia Batch 29, rakan-rakanku....semoga semua happy-happy selalu

 Santai-santai....Apahal yang kat belakang tu???

 Team kriket...aktiviti sukan aku setiap petang...

Jumping Time

Kejayaan Yang Kami Kecapi...Syukur Alhamdulillah

Alhamdulillah....Tahun 2011 telah memberi banyak kejayaan untuk diriku..
Semoga hari-hari yang mendatang, banyak lagi kejayaan yang aku kecapi...
Sebelum aku terlupa, perlu aku mengingatkan diri agar bersyukur dengan apa yang telah aku lalui....
Terima kasih kepada semua yang telah memberi nasihat, tunjuk ajar dan juga panduan kepada diriku....
Kupanjatkan syukur kerana kejayaan yang aku perolehi pada ketika ini....
Terima kasih cikgu....

Hari Anugerah Kecemerlangan UPSRA Parlimen Setiawangsa
Dirasmikan dan disampaikan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa Dato' Seri Zulhasnan Rafique
 Semasa menerima sijil dan hadiah

 Sampai awal...banyak lagi seat yang kosong...ustazah tak maklumkan kena pakai baju melayu...
Aku jadi melayu yang pelik hari tu .....

 Bergambar beramai-ramai selepas selesai majlis

 
 Tunjuk apa yang anda dapat

Majlis Anugerah Cemerlang 2012...
Guru besar Hjh. Faridah Ahmad Zuki baru balik dari Mekah menyampaikan sijil
Alhamdulillah, serba biru semuanya...

 Aku bersama satu-satunya rakan lelaki yang mencipta kejayaan bagi Tahun 2011

 Bersama bekas rakan-rakan sekelas, sekarang, semuanya berjauhan , ada yang di MRSM,
 SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.  Tahniah rakan-rakanku..

 Bersama ibu dan ayah yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan

 Alhamdulillah, adik aku juga mencipta sejarah apabila menjadi murid cemerlang dalam percubaan UBKK... Keputusan UPKK yang sebenarnya juga telah keluar, alhamdulillah cemerlang juga adik aku ni yer..

 Ini dia, adik bongsu aku berbaju melayu menerima hadiahnya...
Alhamdulillah, dia juga cemerlang di dalam kelasnya....
Semoga kejayaan dan kecemerlangan bersama kami semua...Amin....

 Si Cilik Zapin sedang berposing dengan hadiahnya

 Alhamdulillah, yang ini pun menerima hadiah...semoga rajin-rajin baca buku..

Majlis Anugerah Cemerlang Parlimen Setiawangsa
Meraikan kejayaan anak-anak yang bersekolah di dalam Parlimen Setiawangsa yang terdiri daripada
murid-murid yang cemerlang UPSR, PMR, SPM, STPM dan cemerlang dalam bidang kokurikulum
 
 Menerima sijil dan hadiah daripada Y Berhormat Dato' Seri Zulhasnan Rafique...
buat kali kedua bagi tahun ini...

 Di tempat duduk menunggu giliran bersama rakan-rakan SKJAP

 Rakan-rakan SKJAP

 Bersama ibu dan Cikgu Siti Aida...hitam kulitku...penangan kriket

Bersama-sama bergambar kenangan. Ramai yang dah balik masa ni.

Kriket Team - SEMESTI

Inilah team kriket yang aku sertai....
Aksi semasa bermain....macam profesional tak

 Semasa latihan...inilah kerja aku setiap petang

 Aku beraksi lagi

 Dan lagi...

 Merenung masa hadapan...ada harapan tak wakil negeri ke...wakil negara ke....

 Yeahh.....
Team kriket yang menjadi Johan daerah Hilir Perak